Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Thursday, June 13, 2019

PERSEDIAAN UNTUK BAKAL GURU, ANTARA IMAGINASI VS REALITI

Bismillah,

Alhamdulillah, sebelum Raya menjelma , bertarikh 31 Mei 2019, kay sekali lagi berpeluang menyantuni adik adik Guru di bawah Pejabat Agama Negeri Terengganu, lebih kurang dalam 60 orang Cikgu Muda yang sangat bersemangat dalam mendidik anak bangsa ,
Alhamdulillah, kay telah berkongsi beberapa tips dan cara dalam memudahcarakan adik adik Guru untuk berhadapan dengan anak didik di Era Abad ke 21 ini.

Terima Kasih En Sufian, Lecturer In Charge Untuk Kelas Guru Agama Negeri Terengganu

Sebelum Pulang, Kita Bergambar Dulu

Harapnya Teori yang dipelajari sewaktu kelas pada hujung minggu boleh di upgrade kan  bersama dengan perkongsian yang telah kay berikan, sewaktu kita bermula sebagai kerjaya seorang guru.
- Kalau Sebelum ( dari segi family dan penempatan rumah, sekolah anak-anak)
- Kalau Semasa
            - Hari Pertama , Lapor Diri Di Pejabat, Jumpa Pentadbir
            - Berpakaian Kemas, tanda nama, kasut
            - Perhimpunan Pagi
            - Persediaan untuk berucap di tapak perhimpunan sebagai Guru Baru
            - Cara Handle Microphone, P.A System
            - Buku Rujukan, ERPH, DSKP, RPT dan pelbagai dokumen wajib sebagai seorang Guru
- Dalam Kelas, cuba hafal nama anak murid
- Kenali Aras Anak Murid
- Hafal jadual waktu
- Ketahui 3 Channel Penting, Kuri,HEM, KOKO
- Kenali Guru Panitia masing-masing

Sebenarnya memang banyak lagi pesanan yang boleh kita tambah baik,
Kalian sangat berharga
Kalian sangat bagus
Kalian sangat dedikasi
Semoga Allah permudahkan Perjuangan Kalian

Bidang Pendidikan banyak mehnahnya, Ayuh sama bangkit berjuang , demi mendidik anak bangsa, Agama dan Negara,

Selalu Berfikir dengan Positif
Jom Tambah Ilmu Dengan Teacher Kay

Thursday, May 30, 2019

"STEM" TPU PMSI - Eksplorasi TerBaik Secara Inkuiri

Bismillah, Alhamdulillah
Selama 5 hari kay bermusafir di Kuala Lumpur, diberikan ruang saat terindah bersama rakan Ex Dormmate sewaktu 1995, untuk Kursus Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri.
Bertempat di Hotel Summit City Hotel, berhadapan dengan Bangunan Mara, Jalan Raja Laut
Seramai 60 lebih Peserta dari seluruh Negara. (Cg Math Sekolah Rendah, Menengah, lecturer IPG, Penyelaras Negeri, iaitu terdiri dari Pegawai JPNT)
Pengisian Selama 5 Hari itu, Kami di terangkan, dan di ajarkan dan di permudahkan tentang konsep Inkuiri kepada Murid.
- beberapa topik dipilih daripada subjek matematik sekolah rendah dan matematik sekolah menengah
- sesi ice breaking sudah dimulai dengan inkuiri, sangat best (konsep tanya dan jawab dengan tanya)
- kami dipecahkan kepada kumpulan yang terdiri daripada guru sekolah rendah, guru sekolah menengah dan Penyelaras Negeri
- kami di dedahkan dengan pelbagai topik matematik
- kami diberikan tugasan untuk bentangkan setiap topik yang dibincangkan
- Kemudian kami dipecahkan kepada kumpulan sekolah rendah sahaja untuk sesi mikro teaching

Bersama Penyelaras Matematik JPNT 



With My Ex DormMate 1995

Bersama Dr Ihsan, Pengarah Pusat STEM Negara

📚📑💻FrogMaker , Pelopor Perkongsian, Bina, Guna dan Cakna

Bismillah 📝🚙

Kali ini merupakan kali kedua kay diberi peluang untuk menjadi fasilitator untuk bengkel FrogMaker Kohort 1 bagi matapelajaran Matematik Tambahan(AddMath) , Alhamdulillah,seramai 19 orang guru yang telah berjaya membina dan mengedit Site Matematik Tambahan dalam Boost Collections, Banyak sangat Kelebihan bila dah fasih menggunakan FrogBoost
- Site yang dah siap susun atur layout nya
- Mempunyai 4 tab, iaitu Hasil Pembelajaran, Sumber Pembelajaran, Aktiviti dan Penilaian
- Siap dengan Kuiz dan Latihan
- Murid pun mudah untuk memahami Nota
- Ramai guru yang kay bantu tadi cakap, eh, mudahnya dah siap semua, tunggu nak send dan share sahaja, kan betul kay cakap, semuanya senang belaka.
- warna layout pun menarik. Like
Jom semua tambah ilmu

FrogBoost, Suatu PengHargaan Dari Guru Buat Guru

Bismillah,
Alhamdulillah,
Salam Ramadan Kareem semua
kita telah memasuki fasa terakhir bulan Ramadan, Moga Allah memberkati apa yang telah amalkan dan laksanakan.
Hari ini kay ingin bercerita tentang FrogBoost
- sangat best dan sangat memberi manfaat
- ianya adalah set set Pengajaran yang telah di hasilkan oleh Para Guru, Ustaz, Ustazah, Teacher dan Sir.
- Bermula dari Tahun Lepas, dengan 3 subjek utama, Math, English dan Science
- Sambung pula dengan subjek lain, seperti Matematik Tambahan, Pendidikan Islam dan banyak lagi
- Terima Kasih Guru Semua
- Sebab tu kay highlightkan disini, FrogBoost ini adalah suatu Penghargaan dari Guru Untuk Guru
Ini merupakan Salah Satu FrogBoost Matematik,  Kay just tambah Tab Refleksi

Terpulang kepada kita untuk letakkan widget apa dalam Refleksi, Kay tambah widget Poll, senang nak tahu kefahaman murid, boleh saja letak macam konsep , 4 bintang, 5 bintang dan macam macam lagi.

So, ianya pilihan kita, nak guna, nak share, nak assignkan, Just Klik and Add to our library
Jom Tambah Ilmu Semua


Wednesday, March 6, 2019

Motivasi Untuk Adik Adik, Satu Kenangan TerIndah ~16022019~

Alhamdulillah,
Last week, ber musafir ke Besut,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan,Besut
BerSama Ketua Jabatan, En Razak, Pensyarah Otai Matematik Di IPGKSM,Besut

Sesi Bergambar

Murabbi Hebat Bidang Matematik

Kali ini menjejakkan kaki ke Tempat menuntut Ilmu dan juga Tempat yang mendidikku untuk menjadi Insan yang bergelar Guru

kay berkesempatan bertemu dan berkongsi ilmu bersama dengan Murid Tahun Akhir dan Juga Murid Tahun 3, Alhamdulillah, mereka just menunggu dan menghitung hari untuk Posting Di Sekolah Pertama
So, apa yang telah kay kongsikan ialah

  1. Realiti yang akan mereka akan tempuhi setelah bergelar seorang GURU
  2. Situasi sebelum posting , Fahami situasi Keluarga (Sekiranya telah berkeluarga)(Tempat Tinggal) (Lokasi Sekolah,Jalan)
  3. Situasi semasa melapor diri (Berpakaian Kemas, NameTag)
  4. Situasi Bersama Pentadbir Sekolah Buat Pertama Kali
  5. Redha dengan matapelajaran akan diberikan, ini kerana Pentadbir akan melihat kekosongan Subjek semasa di sekolah
  6. Hormat dan Berbudi Bahasa dengan Senior Di dalam sekolah Baru
  7. Cuba adaptasi dengan Environment Sekolah Baru
  8. Tanya dahulu keadaan semasa di sekolah, kena sentiasa alert dengan info, mesyuarat, Taklimat dan sebagainya
  9. Perlu mencari Ketua Panitia atau Guru Senior untuk merujuk sesuatu berkenaan dengan matapelajaran yang akan diajar
  10. Perlu mencari Kerani untuk urusan borang, surat atau apa sahaja yang berkaitan dengan maklumat Guru apabila melapor diri
  11. Belajar dengan cepat selok belok bangunan di Sekolah
  12. Mencari Buku Rujukan yang bersesuian
  13. Mencari Bahan Bantu Belajar
  14. Fahami dan kalau boleh Hafal Jadual Waktu (Simpan Dalam Phone)
  15. Paling Penting juga rujuk Buku Pengurusan Sekolah untuk mengetahui tugasan dan bidang tugas untuk setiap channel (PKP,PKHEM,PKKo) dan juga yang lain

Rasanya mungkin setakat itu yang Kay ingat sewaktu membuat Perkongsian
selain itu kay juga sempat bermain Kahoot dan Quizizz bersama adik adik, untuk Set Induksi kay sempat bermentimeter, then untuk slot parking lot, kay sediakan padlet buat mereka
#EmbraceTheKnowledge #KBA

Saturday, February 23, 2019

Jom Jelajah Tambah Ilmu #KualaIbai Territory Sabtu,23 Feb 2019

Bismillah
Hari ini kay teruskan menjelajah ke SK Pusat Kuala Ibai
alhamdulillah, perkongsian yang sangat best, Peserta yang superb energy
Galeri LADAP 23022019
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157115036823293&id=555148292


Gambar kat atas tu, antara isi perkongsian untuk Guru SKPKI tadi, alhamdulillah
Jom Jelajah lagi lain kali



Terima Kasih SK Pusat Kuala Ibai, untuk Kerjasama, Untuk Santapan, Untuk Cenderamata,Untuk Ke-sporting-an yang Best, next time boleh jumpa lagi.
#EmbraceTheKnowledge