Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Thursday, November 15, 2018

#Skypeathon2018 , 1 Permulaan Baru, ๐Ÿ’ป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“ฒJom Mengembara Ke Negara Luar


Skypeathon 2018 , Satu Permulaan Baru Meneroka Negara Luar & Berkongsi Ilmu๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ—บ️๐Ÿ–Š️๐Ÿ“๐Ÿ’ป๐Ÿ“ฒ๐Ÿ–ฅ️
Bersama Murid 5 Ibnu Khaldun

10.11.2018, Melihat promo Cikgu Aman melalui Facebook, mula bertanya dan meng Google, oooo, tapi macam mana ya, 

Mula Sign in Microsoft Education , oh rupanya memang Kay dah ada akaun Microsoft, mula explore, walaupun sebenarnya tiada plan dan tak tahu bagaimana bermula....

Yang penting install aplikasi skype dekat handphone masing-masing ,dan juga dekat laptop kalian
Pastikan Emel yang kita skype dekat handphone sama dengan akaun Microsoft education @ MEC , baru senang nak link.

Google dan save semua maklumat yang dapat melalui group Skypeathon Team Malaysia, Cg Zulhilmi, Puan Anita, Dr Azma, Cg Aliff dan semestinya Cg Aman.

11.11. 2018 , mula mencari ilmu bagaimana untuk skype dengan Cikgu dari Luar Negara , explore apa itu MEC , Mystery Skype , Skype Classroom.

12.11.2018 , Percubaan pertama dengan Cikgu Halizah dari Johor, Alhamdulillah Berjaya Skype Kali Pertama , Test,test,test dan Teacher Kalpana from Brunei Darussalam bersama murid 5ik dan 6ik serta dapat skype dengan Cikgu Azrul dari Shah Alam.

Balik rumah, print bendera Terengganu, Logo Sekolah, Jalur Gemilang, fikirkan aktiviti, sebab bila tengok team lain buat persiapan banner, pakaian seragam seperti silat, dikir barat, gamelan, tarian,zapin dan macam-macam lagi.

Tak sempat untuk buat persiapan rapi kerana masalah teknikal seperti tiada paparan TV/LCD yang cantik, webcam, microphone dan juga speaker, but next time, insyallah, i'm preparing the good one❤️๐Ÿ“ฒ

Then, 13.11.2018 bermula dengan Teacher Bai from Philippines, dan Teacher Ruth Ling ,dari SK Sri Payung, Manjung Perak 
Then join Skype Kahoot 1 Cup bersama Host Steve from United States of America, dan juga beberapa buah negara lagi , India, Vietnam, Pakistan, Brunei, Thailand sangat meriah dan menarik, anak murid 6Ik teruja sangat.

Cabaran pada hari 13.11.2018  ini saya perlu membuat persiapan untuk hari anugerah cemerlang di sekolah saya, namun begitu cikgu cikgu sangat Sporting, memberi kerjasama untuk sama-sama bergambar dan membuat ucapan sekaligus bersama anak murid di dewan. 

Alhamdulillah
14.11.2018, hari ini mula mula fikir, sedih sebab tak dapat buat sesi Skypeathon kerana berkursus , namun begitu cuba juga sewaktu balik sekolah dan dapat juga ber skype dengan Cg Aman ,Ikon Kebangsaan kita, dan juga bersama dengan Cg Aisyah dari Kedah dan juga Sir Kamal  dan murid beliau dari India๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ . Sebelum lena sempat lagi beramah mesra dengan cikgu dari Tunisia, Azerbaijan dan Rusia, Subhanallah, walaupun tak sempat nak Request Mec dekat #MysterySkype , kay rasa dah ok untuk pengalaman pertama๐Ÿ˜Ž

Satu lagi penambahbaikan yang kay buat ialah susunan jadual Request for Mystery Skype, kene tahu timeline masa, lewat ke cepat untuk setting video call dan sekaligus untuk point miles. Jangan lupa buat Jadual.
Oklah daripada tak mulakan langsung, sekurang-kurangnya banyak yang dipelajari dan diambil tindakan selepas ini untuk Skypeathon 2019.

Untuk Mystery Skype , boleh lakukan aktiviti meneka negara dan Daerah.
Untuk aktiviti bersama anak murid, boleh ceritakan makanan negara kita, budaya kita, pakaian kita, tempat menarik di negara kita dan banyak lagi, so Skypeathon, jumpa 2019 biiznillah.๐Ÿคฉ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜˜๐Ÿ‘

Dari 0 miles kepada 33373 miles

Participations: 8 / Miles Traveled:33373

And 5 countries visited

Oh yea, lupa nak mention, mesti follow Twitter, Facebook dan juga Instagram Microsoft Education, Skypeathon untuk dapat maklumat yang terperinci.
#skypeathon2018 #microsoftedu #EmbraceTheKnowledge


No comments:

Post a Comment