Tuesday, March 14, 2017

Saturday, March 11, 2017

Belajar, Kongsi, Mudahkan ~Ilmu #AyuhTambahIlmu #DapatanIlmu #Langkawi

Bismillah,
#MahirkanDiri,

Subhanallah, banyaknya ilmu yang Kay dapat selama bertravelog ke Langkawi,
Jadi Kay cuba ringkaskan sebaik mungkin, Ayuh, Tarik Nafasss dan hadamkan macam tengah makan Biskut coklat yang best

  1. Sewaktu Ucapan Alu-aluan+Perasmian -  Kita sebagai Guru, cuba tambah, grab, mahirkan diri dengan Ilmu Baru (rumus sendiri)
  2. Sewaktu Perkongsian Pertama - Guru Cemerlang BI- Siti Cg Harliza - (Demo PDPC)- Best Teaching Practice.
  • Tambahkan elemen keseronokan, macam ala-ala cheer leader pun ada, sangat best bila nak tarik perhatian murid-sepanjang pdpc tu...
  • Murid banyak bergerak, dalam berkumpulan, juga secara individu
  • Ada VLE,  juga kolaborasi Kahoot   
  • Penggunaan Magic Plastic - WhiteBoard Card Saiz A4, Optimumkan Penggunaannya
  • Penggunaan Trafic Light 
  • Ada Lagu Didi n Friends lagii..soo ceria dalam kelas tu, murid happy
  • Ada juga macam ala-ala Role Play
  • Bayangkan dalam 1 pdpc banyak elemen yang dimasukkan, memang layak Cikgu tu Cg Cemerlang
  • Pilih murid secara random gunakan bola pingpong, memang sukala murid-murid, ala-ala rancangan variasi Running Man.
  • Maybe ada banyak lagi, Alhamdulillah, setakat yang Kay mampu catat kelmarin, yang inilah kot.
     3. Sewaktu Perkongsian Ustazah Saudah - Ustazah Otai dan  mantap ilmunya, antara perkongsian Ustazah tentang pengalaman sewaktu mula-mula ber vle

  • Jangan takut untuk terima ilmu baru
  • beranikan diri , belajar dengan yang pakar seperti Pegawai teknologi Pendidikan 
  • Suka duduk dalam makmal, walaupun pada awalnya tidak.
  • Explore fungsi widget setiap masa, 
  • bina site hampir setiap hari, Alhamdulillah
  • Ustazah yang hebat yang sudah punya ramai cucu ini juga senantiasa meminta bantuan murid-murid beliau dalam membantu adik-adik seperti tahun 1 dan 2, 
  • Sekolah beliau ada 2 sesi, beliau datang sekolah untuk kedua-dua sesi bagi memantapkan ilmu dan berkongsi dengan para pendidik yang lain, hebat kan.
  • Betullah kata pepatah #NakSeribuDaya
     4. Perkongsian Guru Cemerlang, Cg Norhailmi - Fuh, tak tertulis betapa banyaknya pengalaman beliau ni. So, Hasil dapatannya ialah
Alhamdulillah, banyak kami berkongsi Ilmu , with Cg Rina dan Cg Hailmi
  • Cubalah jadi Guru Cemerlang, jangan takut untuk memohon, rentetan dari Pengetua yang ingin cemerlang, -- sekolah perlu cemerlang,-- kemenjadian murid pastinya perlu 100% cemerlang dan siapa yang perlu cemerlang dahulu, ya! sudah pasti kita yang perlu cemerlang. (Jangan Takut nak mohon) walaupun memang kita takut kan
  •  Membudayakan sekolah kita dengan amalan murni cemerlang yang boleh dicontohi.
  • Cari arah tuju kita- explore diri kita - cari apa kekuatan kita, minat kita, kelebihan kita
  • Berkongsi penulisan , seperti Blog, Facebook, Google Plus, Insta, Twitter, Youtube
  • Sediakan Platform untuk murid-murid kita-  media sosial- mudah di akses
  • Perbanyakkan menghasilkan bahan- kandungan Pendidikan di Malaysia hari ini sangat kurang
  • Kita banyak guna bahan orang lain, so kali ni kita cuba hasilkan sendiri bahan-bahan tu.
  • PA 21 bukan sekadar tentang Kerusi dan Meja sahaja, kita perlu explore dengan lebih mendalam. Pendek kata boleh rujuk la Blog Beliau http://www.cikguhailmi.com/ 
  • Sharing ilmu sewaktu beliau di Korea, yang ni memang awesome la, pun boleh rujuk dalam Blog Beliau ye
  • Jangan takut untuk berubah ye Guru-Guru semua.
  • Kay sedih sebab tak dapat dengar habis perkongsian Cg Hailmi sebab Kay rush nak check in Flight Ke KLIA2, apa-apa pun, oklah kan daripada tiada ilmu,kita #UpdateIlmuKita
  •  Alhamdulillah, yang pasti Kay berjaya juga dapat poskad special Cikgu Hailmi
  •   
    TerimaKasih atas Doa itu Cg Hailmi

    K-Leaps
  • Sewaktu sesi M.S.L.~ bersama FrogAsia- Cik Azima-memang Best
  • Rasa feelingsebagai Fasi sewaktu berada  kat Majestic Hotel tahun lepas masih terasa
  • Best diberi peluang sebagai fasilitator untuk K-Leaps kat Langkawi
  • Kumpulan Kay terdiri daripada Guru Besar, SISC+ , Guru-guru dari Pahang, Kedah ,Selangor dan Langkawi.
  • Ada game (Ice Breaker - Teacher, Parent, Matching Card, Speed Dating Discuss, MemoryCard-(yang ni paling meriah dewan seminar).
  • Project Based Learning- Transformkan dalam Site, Kumpulan Kay hasilkan Projek K-Hijau yang punya elemen Widget Poll , Text, Form, External LInk, Embed Website, Forum dan macam-macam lagi sebenarnya.
    Inilah Kumpulan Kay- Nombor 11
Seperti Kereta, perlukan minyak dan servis!, kita juga begitu!

Subhanallah, Moga kalian sukalah baca sharing Kay kali ni ye. 
Yang Paling Best juga ialah bila dapat jumpa rakan-rakan Advocate dari pelbagai negeri, Awesomela kalian semua. Semoga perjalanan kita DiPermudahkan Allah dalam mendidik anak-anak murid. Aaamiin...
Terima kasih Team PKG Langkawi sudi jemput kami-kami ni ye
Terima Kasih juga buat Sahabat @Kakak yang sudi tumpangkan adikmu ini , sangat selesa dan layanan first class, Brownies No1
Ketemu juga dengan rakan maktab , dan rakan satu universiti, terima kasih sudi belanja kite makan best kat Langkawi
Sebarang penambahan, komen je ye, 
#AyuhMahirkanDiri
#UpdateIlmu