Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Friday, February 10, 2017

Peluang Buat Guru: HLP @ CBBP TB ~ Ayuh Realisasikan ~ Persediaan Awal

Bismillah
Sharing Is Caring
#AyuhRealisasikan, #TambahIlmu
Alhamdulillah, Permohonan HLP dan CBBPTB KPM telahpun keluar, ramai guru mengambil peluang ini untuk menambah ilmu, bagi Sarjana @ Masters serta PhD banyak pilihan universiti yang boleh anda pilih dan juga banyak bidang yang ditawarkan. Perkongsian kali ini Kay akan cuba membantu rakan-rakan dalam memahami Perjalanan liku-liku HLP/CBBPTB yang akan dilalui.:-

1. Guru-guru boleh memohon dengan merujuk website KPM yang rasmi iaitu www.moe.gov.my
2. Sebelum itu, Guru dikehendaki meng"update" segala maklumat pada e-Operasi
3. Kebiasaannya HLP/Cuti Belajar ini akan ditawarkan selari dengan kemasukan Universiti Awam
4. Jadi,rakan-rakan kena cakna sedikit. Dulu Hebahan agak kurang,berbanding sekarang, hebahan di alam siber/maya amat cepat,pantas,laju dan superb.
5. Lihat, baca dan pilih betul-betul Kursus@Program yang "serasi"&"sesuai" dan yang paling penting, anda harus tahu dalam sedalamnya Program yang kalian pilih (Kena buat "survey universiti" terlebih dahulu)
6. Setelah selesai menghantar borang secara Online, simpan Borang itu dan simpan softcopy borang permohonan itu sebagai rujukan.
7. Masa ni banyakkan berdoa. Insyallah,kalau ada rezeki rakan-rakan, KPM akan memanggil kalian untuk saringan Temuduga.
8. Part Temuduga ni paling mencabar sebab masa ni la kita kene perform paling best.

  • Sediakan kertas kerja @ proposal yang original dari kalian. Hadam betul-betul. Macam nak Exam zaman dulu-dulu.
  • Sewaktu berhadapan dengan Panel, sebaiknya sediakan salinan Proposal yang lebih, mana tahu Panel yang datang ramai. 
  • Jangan lupa, Transformkan Proposal kalian ke dalam bentuk Peta i-Think
  • Barulah senang masa Panel nak tanya kita, senang nak rujuk. 
  • Sediakan Pen di tangan Kanan, Nota i-Think di sebelah kiri, kalau #Kidal, terbalikkan saja.
  • Pakai Blazer (baru nampak kemas), Jangan lupa NameTag dan Pakai Kasut yang Paling Selesa.
  • Kebiasaanya terdapat 3 - 4 orang Panel yang ada dalam bilik tersebut.
  • Kebiasaannya dalam 30 minit untuk setiap sesi.
  • Sokongan dari Pasangan amat penting (bagi yang sudah berumah tangga) , Kalau masih single, ajaklah Emak dan Ayah sekali. 
  • Sesudah berusaha sehabis baik, kita bertawakkallah kepada Allah. 
  • Kerna Allah Sebaik-baik Perancang.
  • Jangan lupa, breakfast dulu tau, kesian kat badan kita, makan dan minum air yang berkhasiat supaya kalian bertenaga dan sihat sepanjang tempoh menunggu untuk sesi temuduga.
  • Kalau kena nombor yang pertama masuk ke dalam bilik. Berdebar juga kan, tapi best juga yang pertama, sebab kita tak berdebar menunggu lama-lama. Bagi Salam dan Ucap Selamat Pagi
  • Kalau rakan-rakan kena nombor selepas itu, best juga sebab kalian berpeluang mengetahui antara soalan yang akan ditanya. So inilah beberapa soalan yang akan ditanya.
    • Perkenalkan diri Cikgu. Bismillah...Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (Kalau English, Cuba untuk Speaking, Kalau BM teruskan sahaja)
    • Kenapa memilih Program itu (Kay pilih Bidang IT, sebab degree IT, Diploma IT ) Hati IT , Alhamdulillah... #BahagiaDenganPilihanKita
    • Yakin dengan pilihan rakan semua.
    • Apabila Panel mula bertanya " sila ceritakan serba sedikit tentang Proposal Cikgu.
    • Masa ni, tarik nafas dalam-dalam dan ceritakan mengikut tertib yang telah cikgu buat.
    • Panel akan bertanya lagi" Kenapa Cikgu Pilih untuk buat kajian cikgu tu?"
    • Kajian kita mestilah unik dan memberi impak , mungkin kepada Murid, Guru, Pentadbir, Sekolah, PPD, JPN, BTP dan KPM , atau mungkin kepada komuniti masyarakat. (ianya bergantung kepada Program yang kita pilih).
    • Panel akan tanya lagi "Apakah Method yang Cikgu akan guna". (Kay ceritakan mengikut kefahaman kay sahaja, Cerita tentang flow kajian kita, maybe method berbeza atau salah, tapi ianya bergantung kepada kajian kita, sama ada kualitatif atau kuantitatif )
    • Kalau salah , tak apa, kan kita nak belajar . #takeItPositive , masa ni mungkin Panel tu akan bagi idea, dan kita catatkan dengan Pen dan kertas yang ada dekat tangan kita tadi segala yang mereka cadangkan.  
    • Last sekali " Apa kata-kata terakhir cikgu " (Masa ni kita bagitahulah kita berharap sangat untuk diterima dan Permohonan kita diluluskan untuk menyambung Pelajaran ke Peringkat yang lebih tinggi. #EmbraceTheKnowledge
  • Alhamdulillah, setelah tamat sesi, keluar dengan beradab dan ucapkan Terima Kasih
  • Kemudian, kita pun tunggulah keputusan temuduga, Insyallah ,kalau ada rezeki, Allah akan hadiahkan kepada kita. Jika masih belum diterima, kita cuba , cuba dan berusaha lagi. 
  • Kerna Allah sebaik-baik Perancang #KitaRedha #JanganPutusAsa #PastiAdaSinar
  • Teruskan amanah dan khidmat kita sebagai guru yang mendidik Anak-Anak Amanah Allah
  • Terima Kasih sudi baca Perkongsian Kay pada kali ini.. 

6 comments:

  1. Assalamualaikum ticher..tumpang kongsi..shukran jazaakillah khaira...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam, Silakan Cikgu Ummi, SharingIsCaring 😘💓

    ReplyDelete
  3. Sama-sama Cikgu AreNang Along, #ayuhRealisasikan

    ReplyDelete