Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Friday, February 17, 2017

2 Modul Asas Buat Rakan Guru Semua :-PIE, CHENDOL , Ayuh Mahirkan Diri

Bismillah,
SharingIsCaring,
Alhamdulillah,
Comel kan, Kuih Pie 

Bertarikh : 11hb Feb 2017, Kay berpeluang membantu Guru Advokasi Emas Cg Rosman Berladap.
Bertempat : Makmal SK Kelulut, merupakan sekolah Kluster dalam Daerah Marang, Terengganu.
Antara Modul yang Cikgu Rosman sharing kan ialah :-
1. Modul FrogPie -merupakan modul Pertama yang diperkenalkan sewaktu Pelancaran Hub sewaktu awal tahun 2016.
Kandungan Modul FrogPie ialah : Pembinaan Site yang menempatkan 3 Widget iaitu :-

  1. Widget Text
  2. Widget Media
  3. Widget Wall
cukup sahaja 3 widget ini, rakan-rakan guru boleh jalankan pdpc dengan Awesome. Kerana ia telah bercirikan PA21 , walaupun tidak menyeluruh, why not kita cuba sedikit dahulu, sekurang-kurangnya guru dapat membina site dan Pembelajaran berlaku dengan seronok, kerana Arahan Guru berada dalam Widget Text, manakala Perkara yang dibincangkan dirujuk oleh murid melalui Widget Media, iaitu dengan cara Guru boleh letakkan 3 media menarik, sama ada Gambar, Audio, ataupun video. Respon murid pula boleh dituliskan melalui Widget Wall. Sewaktu ruangan Wall inilah murid-murid akan rasa sangat seronok kerana ianya sentiasa boleh dikemaskini atau klik butang refresh. Jadi, murid boleh melihat respon rakan-rakan yang lain dalam menjawab Soalan atau Arahan Guru tadi. Best kan? guru juga boleh tengok murid manakah yang menjawab soalan Paling Cepat dan Paling Betul dengan melihat kepada masa yang tercatat dalam ruangan Wall. 

2. Modul Frog ChendoL - merupakan modul kedua setelah guru-guru mahir dalam 3 widget sebelum ini. Dalam Chendol, guru akan membiasakan diri dengan 3 widget yang best , iaitu :-
  1. Widget External Link
  2. Widget Embed
  3. Widget Forum
Dengan explorasi 3 widget dalam Chendol, pdpc akan jadi lebih superb. Kali ini guru-guru boleh copy link URL (address) dan pastekan pada ruangan widget External Link. Manakala Widget Embed pula berfungsi dengan cara paparan url baru akan terus terpapar setelah proses copy url dibuat. Nampak agak sedikit pening sekiranya baru kali pertama buat, tak mengapa, kami sedia membantu kalian semua. Manakala widget Forum adalah diskusi 2 hala antara guru-murid dan murid-murid, kan best bila boleh diskusi bersama sekiranya tajuk yang dipelajari masih lagi tidak jelas. Murid yang agak sedikit malu bersuara dalam kelas boleh menulis cadangan atau komen mereka dalam ruangan ini dengan jelas dan terperinci. 

Pada 15hb Feb 2017, sekali lagi kami memberi Ladap iaitu  di SK Pengkalan Berangan dengan title Sekolah Amanah 2017, juga merupakan sekolah dalam Daerah Marang, Terengganu. Memandangkan masa aagak terhad, kami hanya mampu ber FrogPie sahaja. Insyallah , mungkin di Lain Waktu Dan Masa, kami akan menyambung sesi Chendol pula.

Semoga Perkongsian Ladap memberi manfaat dan dapat membantu rakan-rakan guru di kedua-dua buah sekolah tersebut dan perkongsian kay kali ini memberi manfaat yang sama kepada anda semua.
InsyaAllah, kita jumpa di Perkongsian seterusnya. Salam Tambah Ilmu dari kay untuk semua.

Sekiranya kalian berminat untuk menjadi salah seorang Guru Advokasi, ayuh, lawati laman ini untuk Keterangan lebih lanjut. Apa tunggu lagi, jom #TambahIlmu untuk pdpc lebih Awesome!
Alhamdulillah...

7 comments:

  1. Sharing yg bermanfaat.Terima kasih cg.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama Cikgu Deeparani, Love to know and meet you one day...

    ReplyDelete
  3. ��tq kay..love to read your blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, teruskan membaca Perkongsian Kay

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah, mekaseh Cikgu Zulkifli

      Delete
  5. Assalamualaikum...ingin belajar lebih lanjut dgn cg Kay...ingin menjadikan Frog Vle projek saya disekolah.

    ReplyDelete