Sunday, February 5, 2017

Tips Kalau Masuk Makmal,Internet Down Pula,Go To Plan B

Bismillah,
Sharing Is Caring
Rakan-rakan semua mesti pernah rasa apa yang Kay pernah rasa, beria kita bawa murid ke Makmal Komputer, Tup tup Internet Slow, Kalau slow ,boleh tahan lagi, kadang-kadang memang langsung tiada akses, jangan sedih ye cikgu-cikgu, kat sini Kay share pengalaman sepanjang berhadapan dengan line OCPE yang mana hanya sebilangan kecil yang memahami, #infobaru. Kami tiada Zoom 4G macam sekolah rakan-rakan yang lain. VSAT lain pula...
Tapi kalau nak tahu apa dia OCPE, maka inilah info nya :-
  • Capaian lebar jalur 4-10 Mbps dan 2-4 Mbps merupakan komponen penting di dalam Projek Perkhidmatan 1BestariNet.
  • Bagi membekalkan capaian lebar jalur 4G berkelajuan tinggi ke sekolah, salah satu teknologi yang digunakan adalah Outdoor Customer Premise Equipment (OCPE).
  • Antara faktor pelaksanaan OCPE di sekolah-sekolah adalah kerana: 
    • i. Sekolah berada di kawasan liputan 4G tetapi mempunyai capaian signal yang lemah. 
    • ii.Sekolah menghadapi kekangan bagi pemasangan struktur 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS).
  • OCPE berfungsi untuk meningkatkan frekuensi signal 4G supaya sekolah menerima capaian internet pada kelajuan tinggi iaitu 4-10Mbps.
#JanganPutusHarap #KitaUsaha


Kita sambung balik pengalaman Kay bila sampai je dekat Makmal Komputer, tup-tup line slow, kadang-kadang langsung tiada line, makanya,inilah plan B:-

1. Kalau bawa komputer Riba @ laptop, selesailah masalah kita nak mengajar , jadinya solution dia ialah, just pasang sahaja video-video sedia ada yang pernah kita download sebelum ni. (memang cikgu-cikgu sedia mahir akan perkara ini kan) #SyukurKalauAdaBackup
2. Kalau tiada laptop atau cikgu lupa bawa, guna sahaja kemudahan PC dalam makmal komputer ya. Sebab kadang-kadang memang ada rakan-rakan kita yang pernah save dan download bahan-bahan bantu mengajar.
3. Masa ni kita kena guna kemudahan LCD untuk pancarkan kat layar perak,eh layar skrin , hehe #layankanSaja
4. Antara plan B yang lain juga ialah, kalau cikgu tak pernah download bahan atau video, Kita boleh aturkan murid-murid dekat setiap PC elok-elok, lepas tu kita bukalah mana-mana aplikasi Microsoft word, atau Microsoft PowerPoint, atau lagi best guna Paint
5. Masa ni cikgu ajarlah apa yang patut, macam salin nota dari buku Teks atau buku aktiviti , cuba tulisan tulisan pada MIC Word, mesti murid murid rasa seronok,sebab explore benda baru , try dan test ye rakan-rakan semua

No comments:

Post a Comment