Tuesday, January 10, 2017

Antara Tip @ Petua Menarik Minat Murid Menggunakan VLE

Bismillah,
SharingIsCaring,
#EmbraceTheKnowlegde
Antara Token Yang Kay Berikan kepada mereka yang berjaya

Baiklah,rakan-rakan semua, sekarang Kay akan kongsikan langkah-langkah supaya murid-murid minat menggunakan VLE, sebenarnya....bukan murid sahaja yang Kay cuba selami jiwanya untuk tarik minat dalam membudayakan VLE ,tetapi Kay akan ajak sekali rakan-rakan sekerja dan juga Ibu bapa, yang mana bersesuaian, rakan-rakan ikutlah ye, yang mana tak bersesuaian, mungkin boleh diubah dan ditambah baikkan , ayuh
Bekas pensil (Kotok kalang), dan macam-macam lagi token

  • Kay mencari dalam 5 orang murid yang rapat dengan kita (masa tu dieorang darjah 4), (ngam dan sekepala tu penting),sekarang dieorg dah darjah 6, Good Luck For UPSR
  • Daripada 5 orang, Kay tambah lagi sehinggalah dalam 10 orang, then tambah lagi sampai jadi satu team besar.
  • Namakan mereka sebagai #TeamFrogAwesome (TFA) , ada juga rakan-rakan letakkan sebagai Frog Champion. 
  • Train mereka widget-widget yang biasa kita guna, seperti text, media (paling dieorg gemar) , wall, external link dan lain-lain yang dirasakan perlu
  • Then kay minta bantuan geng-geng TFA untuk membawa kawan-kawan mereka untuk ke makmal (waktu rehat,waktu selepas kelas)
  • Jangan lupa, berikan sedikit ganjaran untuk mereka, so simple, just bagi alatulis pun dieorang dah bersyukur, pensil 30 sen, pemadam 10 sen, pembaris dan macam-macam lagi
  • Bila nampak dah naik peratus penggunaan, Kay mula cari dan beli token-token yang best (sebarang yang berunsurkan Froggy comey)
  • Print dan tampal muka-muka mereka #TFA (jadikan dieorang hebat dengan usaha mereka)
  • Mana-mana je Kay pergi jalan-jalan,Kay memang belikan token untuk mereka
  • Kay juga ada buatkan kad pintar VLE untuk murid tahap 1 (mostly tahun 1 dan 2 sahaja,sebab tahun 3 biasanya dah hafal), siapa yang dah boleh hafal,kita bagi lagi rewards
  • Kemudian dengan menukar katalaluan murid yang panjang berjela-jela kepada katalaluan yang ikut suka rakan-rakan nak decide macam mana,terpulanglah, (nak senang,bincang dulu dengan guru kelas) #respectGuruKelas supaya ianya senang diurus dan jadi lebih Awesome.
  • Bila time kay free (tiada kelas), kay akan berada di makmal komputer, then kita cuba membantu rakan-rakan kita yang ingin memahami VLE dengan lebih menarik. Kenalkan widget-widget biasa #JanganBagiStressYe
  • Setiap 3-4 minggu sekali, pada waktu Perhimpunan pagi Ahad, kay akan umumkan Murid yang paling banyak log in, dan juga kay hadiahkan juga Murid yang paling lama log in. 
  • Jangan lupa ya, guru-guru pun kita bagi rewards, termasuk juga Pentadbir yang log in banyak kali dan log in paling lama. 
  • Rasanya ada banyak lagi, nanti kay share lagi ye , Terima kasih sudi baca Perkongsian Kay ini 
  • Ayuh!!! Embrace The Knowledge



1 comment:

  1. Terima kasih semua, sudi membaca dan support this article... Subhanallah, moga dapat membantu newbies macam Kay dulu-dulu

    ReplyDelete