Tuesday, January 24, 2017

BENGKEL VLE #1 ~2017: FROGPLAY® JOM EXPLORE, PDP JADI AWESOME

Bismillah,
sharing Is Caring
Hari ini Kay adakan sesi perkongsian Aplikasi Terbaru Frog Play
Kat sini Kay buatkan Site, rakan-rakan boleh akses secara online,
Moga-moga dapat membantu
BENGKEL_SITE_FROGPLAY
site ni ,kay buat khas untuk rakan-rakan semua
Sesi Perkongsian 24 Januari 2017, SK Kubu


Memandangkan Tak Boleh Loading paparan FrogPlay,makanya... inilah
Antara Perkara Yang dapat Kay Kongsikan Tadi :
1. Pilih New Assignment
2. Tetapkan Nama Assignment, Arahan,
3. Tetapkan Darjah Berapa Nak Assign Kan Tu
4. Then Klik La Next, Pilih Due Date , Supaya Murid-Murid Jadi Lebih Disiplin
5. Then Untuk Subjek Teras, Senang Skit Nak Pilih Bila Tekan Frog Drive
6. Kalau Takde Dalam Frog Drive Kuiz Yang Cikgu Nak Bagi Tu, Maka
7. Cikgu Kene Create Kuiz Cikgu Sendiri,
8. Pegi Dekat Widget Kuiz@Quiz , Then Pilihlah Kategori Soalan Cikgu
9. Sometimes Memang Kena Spend Masa Sikit Untuk Kehidupan Yang Lebih Senang Untuk Masa Depan.
10. Then Dah Pilih Kuiz, Apa Lagi, Tekan Butang Use, Dan Assign La Untuk Anak Murid Cikgu
11. Dah Siap.... 😊
Kami belajar, kami seronok

Kalau nak lebih berinformasi, klikla site kay ni
gg.gg/fpkay
Masing-masing khusyuk buat kuiz untuk anak murid


Sebelum balik, jom bergambar


Sunday, January 22, 2017

Tips Menarik Buat IbuBapa @ Guru yang Baru Ada Anak Tahun 1

Bismillah,
Sharing Is Caring,
#positifkanmereka #SayaParentBaruBelajar

Alam persekolahan telah menginjak kepada minggu keempat, banyak yang Kay pelajari setelah mempunyai anak yang baru bersekolah darjah 1, rupanya memang banyak yang kena alert, ini kerana sebelum ini, Kay memainkan 1 peranan sahaja di sekolah, sekarang bertambah menjadi 2 peranan, as a teacher dan juga sebagai ibu. Kay cuba berkongsi kerana untuk situasi Kay, anak tidak bersekolah sama dengan sekolah yang kita ajar (dalam erti kata,sekolah lain-lain).ok jom,banyak pula nak tulis kat sini, hehehe (senyumla sambil baca tips ni) #SenyumSeindahSuria

  1. Hadirkan diri anda dengan sepenuhnya sewaktu Taklimat Tahun 1 (Orientasi). Sepenuhnya kat sini bermaksud, hadir, dengar dan take note perkara-perkara yang penting, sebab lain sekolah , lain caranya. contohnya ada sekolah mengadakan ujian saringan dahulu bagi murid darjah 1, manakala ada sekolah yang tidak perlu kepada saringan. (bergantung kepada pengurusan sekolah) , contoh kedua, terdapat sekolah yang anaknya dikehendaki membawa buku teks, manakala ada sekolah yang tinggalkan buku teks pada rak yang telah disediakan.
  2. Begitu juga dengan buku Aktiviti, sila rujuk Guru matapelajaran untuk mengetahui status buku tersebut, sama ada perlu ditinggalkan disekolah ataupun perlu dibawa pulang ke rumah bersama-sama.
  3. Senantiasa rujuk Pentadbir sekolah tentang aktiviti dan program seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atau Guru Kelas (biasanya). Ambil nombor telefon mereka. Sekarang mudah dengan aplikasi whatapps , telegram dan sebagainya.  
  4. Tulis dengan marker ke, tampal sticker pada setiap barangan anak-anak kita. Senang cikgu-cikgu nak bantu pulangkan semula.(Jangan lupa mesej dekat Cikgu tu ,ucap terima kasih)
  5. Walaupun Kay seorang guru, kita cuba bawakan watak kita sebagai parent juga untuk cuba memahami sesuatu hal, mengikut situasi dan tempat ,begitu juga dengan sebaliknya. (senantiasa bersangka baik)  supaya persekitaran senantiasa positif dan kondusif. 
  6. Dari segi bekal pula, kalau sempat masak, letak elok-elok, supaya bekal tak tumpah bila anak letak bekal tu dalam beg sekolah mereka. Jangan lupa untuk letakkan juga biskut atau roti dalam beg mereka, incase kita terlupa nak bagi duit poket, sekurang-kurangnya mereka ada makanan untuk dijamah ketika rehat. Supaya lebih mudah,letakkan duit kecemasan dalam beg anak-anak kita, dan tuliskan nama ,(kalau letak dalam plastik), yang ni Kay pernah terbaca dalam facebook seorang parent tu, memang bagus la nasihat dia,lupa pula nama FB tu.
  7. Time petang atau malam, sudah pasti kita luangkan masa untuk menyemak buku-buku mereka. kadang-kadang anak kita terlupa ada homework, so masa ni ,bagi kata-kata semangat agar anak kita dapat menyiapkan kerja rumah tersebut. Semak Jadual mereka, snap dengan phone dan hafal jadual anak. Senang untuk kita kemaskan beg mereka. Lebih elok uji mereka sebelum guru mereka uji mereka pada keesokan hari. Contohnya macam Tasmik Quran
  8. Kenali rakan-rakan anak kita. Penting untuk kita eratkan silaturrahim bersama parent rakan anak kita , manalah kita tahu, kalau ada kecemasan dan apa-apa masalah, senang kita membantu mereka. 
  9. Alertkan Persekitaran kepada anak-anak kita seperti tangga, bangunan tinggi, longkang, semak samun, ditambah pula dengan situasi musim sekarang, bila hujan, berangin ,panas dan sebagainya. 
  10. Macam ada banyak lagi nak share, tapi biasala, idea tercetus sampai nombor 9 saja tika ini. kalau rakan-rakan sedia berkongsi,tuliskan diruangan komen kat bawah ye . Alhamdulillah,Terima kasih sudi baca perkongsian Kay , #BePositive #dekatianakkita

Tuesday, January 17, 2017

Seronoknya bila URL address di "shorten link" kan

Bismillah...
SharinIsCaring,
JOM BELAJAR
EMBRACE THE KNOWLEDGE

Terdapat banyak shorten link yang disediakan untuk memendekkan kita punya url yang panjang berjela-jela. Kenapa kita nak pendekkan link kita yang panjang-panjang tu ye, ini yang boleh Kay terangkan :
1. Senang nak taip dan tunjukkan rakan-rakan sekerja.
2. Senang  nak share dekat mana-mana group whatsapp ke telegram ke
3. Senang nak hafal ,sebab pendek
Kalau nak lagi best kita sign up dulu dalam shorten link tu, kalau tak nak sign up pun tak mengapa.
Sebenarnya, ada banyak lagi kepentingan dan kelebihan kalau buat shorten link ini. Bila rakan-rakan dah buat, alamilah sendiri kebaikannya ya.
Shorten link ni ada yang free dan ada yang berbayar, so pilih je yang free, kan bonus tu

Antara Shorten yang paling popular

Ini antara shorten link yang biasa Kay guna .

1. gg.gg
2. bit.ly
3. tiny.cc
4. goo.gl

Rakan-rakan semua, ada banyak lagi tau, boleh klik kat sini
Contoh link panjang site VLE Kay :
https://tba4013.1bestarinet.net/pengurusan2016

bila dah shorten link jadi :
http://gg.gg/portalskk
Jadi, apa tunggu lagi, jom pilih je shortcut mana yang rakan-rakan suka, Selamat Mencuba
SELAMAT MENCUBA, Terima Kasih



Wednesday, January 11, 2017

Selami Hati Rakan Guru Kita - Tip Menarik Minat Guru #SenangiMereka

Bismillah, SharingIsCaring,...Dalam memenangi hati @ minat seorang guru, yang mana #kerjaBuat yang sedia ada pun dah memang banyak, makanya, sebelum kita nak menarik minat rakan-rakan kita untuk membudayakan VLE, as an Admin, kita seharusnya
ü  Always be positive
ü  Kena kuat semangat, macam Nampak sama dengan positif kan,takpe je la ye.
ü  Makmal Komputer kita kene bersih, kemas, wangi, #JuruTeknik sekolah Kay yang biasa suka sangat mewangikan makmal. Memang baguslah dia. Bila makmal dah awesome, barulah ada yang nak melawat dan masuk rumah kita. opss, makmal kita la...
#SenangiMereka

ü  Tunjukkan betapa mudahnya bila pengajaran dan pembelajaran kita dengan menggunakan VLE
ü  Masa ni perlukan banyak skill, “mudah” merujuk kepada point diatas ialah kita kene ada knowledge dan skill yang extra sikit.
o  Skill manage guru dan murid sekaligus “kalau anda sedang ganti kelas” atau “cikgu tersebut tengah ganti kelas” so, masa ni kita bagi aktiviti Kuiz VLE dekat anak-anak murid, so at the same time kita bantulah rakan kita tadi. Masa ni dalam makmal murid senyap je, sebab tengah focus jawab kuiz,hehe.
o   Skill penggunaan komputer dan internet yang efektif. Fokus kepada yang nak kita ajar sahaja, tapi kadang-kadang Kay ni banyak je nak share dengan rakan-rakan.
o   Skill pujuk cikgu , hihihi, senyummm selalu . #JanganSesekaliSebutSusah
o   Skill baiki laptop cikgu kalau tetiba “hang” #restartsemula
o Skill boleh balik lewat sikit kalau ada cikgu yang ingin belajar lebih dari waktu persekolahan
o   Bila ada geng, baru best kerja. #dahsiapkerja #makankatkantinramairamai
o   Skill boleh siapkan lesson note untuk esoknya dengan cepat kalau guna VLE
o   Skill nak tunjukkan dekat PPD,JPN, dan semestinya kalau NAZIR nak datang melawat dan tengok Pengajaran kita. #backupPlan lesson note . #palingWin
o Kalau ada JuruTeknik, bekerjasamalah dengan mereka, ianya lagi bagus, sebab juruteknik sebenarnya mempunyai knowledge yang sangat best dan Awesome dalam menangani masalah kerosakan PC, rangkaian computer , nak re-connect internet/wifi dan macam-macam lagi.
o  Alhamdulillah, Kay pernah bekerja dengan 3 orang JuruTeknik yang sangat Awesome dan baik. Terima Kasih Kay ucapkan #ambikPeluang #HargaiMereka bekerja selama ni. Ni pun kene ada skill.
ü  Setelah usaha-usaha di atas dilakukan dengan sepenuh hati, last sekali, Tawakkallah kepada Allah, sebab kita kerja LillahiTa’ala. Apa-apa pun usaha dulu ye, sebab tu jangan berputus harap ye rakan-rakan semua.
ü  Jangan lupa ye rakan-rakan, Sharekan kepada Pentadbir tentang kelebihan menggunakan VLE ni, dari segi sumber untuk sesi Pengajaran & Pembelajaran @BBM dan juga bagi Pentaksiran murid, ianya sungguh mudah diakses, didokumen dan dicetak. #eviden #terimakasihPentadbir #terimakasihcikgu  
Terima Kasih rakan-rakan kerana sudi membaca perkongsian Kay kali ni.

Tuesday, January 10, 2017

Antara Tip @ Petua Menarik Minat Murid Menggunakan VLE

Bismillah,
SharingIsCaring,
#EmbraceTheKnowlegde
Antara Token Yang Kay Berikan kepada mereka yang berjaya

Baiklah,rakan-rakan semua, sekarang Kay akan kongsikan langkah-langkah supaya murid-murid minat menggunakan VLE, sebenarnya....bukan murid sahaja yang Kay cuba selami jiwanya untuk tarik minat dalam membudayakan VLE ,tetapi Kay akan ajak sekali rakan-rakan sekerja dan juga Ibu bapa, yang mana bersesuaian, rakan-rakan ikutlah ye, yang mana tak bersesuaian, mungkin boleh diubah dan ditambah baikkan , ayuh
Bekas pensil (Kotok kalang), dan macam-macam lagi token

  • Kay mencari dalam 5 orang murid yang rapat dengan kita (masa tu dieorang darjah 4), (ngam dan sekepala tu penting),sekarang dieorg dah darjah 6, Good Luck For UPSR
  • Daripada 5 orang, Kay tambah lagi sehinggalah dalam 10 orang, then tambah lagi sampai jadi satu team besar.
  • Namakan mereka sebagai #TeamFrogAwesome (TFA) , ada juga rakan-rakan letakkan sebagai Frog Champion. 
  • Train mereka widget-widget yang biasa kita guna, seperti text, media (paling dieorg gemar) , wall, external link dan lain-lain yang dirasakan perlu
  • Then kay minta bantuan geng-geng TFA untuk membawa kawan-kawan mereka untuk ke makmal (waktu rehat,waktu selepas kelas)
  • Jangan lupa, berikan sedikit ganjaran untuk mereka, so simple, just bagi alatulis pun dieorang dah bersyukur, pensil 30 sen, pemadam 10 sen, pembaris dan macam-macam lagi
  • Bila nampak dah naik peratus penggunaan, Kay mula cari dan beli token-token yang best (sebarang yang berunsurkan Froggy comey)
  • Print dan tampal muka-muka mereka #TFA (jadikan dieorang hebat dengan usaha mereka)
  • Mana-mana je Kay pergi jalan-jalan,Kay memang belikan token untuk mereka
  • Kay juga ada buatkan kad pintar VLE untuk murid tahap 1 (mostly tahun 1 dan 2 sahaja,sebab tahun 3 biasanya dah hafal), siapa yang dah boleh hafal,kita bagi lagi rewards
  • Kemudian dengan menukar katalaluan murid yang panjang berjela-jela kepada katalaluan yang ikut suka rakan-rakan nak decide macam mana,terpulanglah, (nak senang,bincang dulu dengan guru kelas) #respectGuruKelas supaya ianya senang diurus dan jadi lebih Awesome.
  • Bila time kay free (tiada kelas), kay akan berada di makmal komputer, then kita cuba membantu rakan-rakan kita yang ingin memahami VLE dengan lebih menarik. Kenalkan widget-widget biasa #JanganBagiStressYe
  • Setiap 3-4 minggu sekali, pada waktu Perhimpunan pagi Ahad, kay akan umumkan Murid yang paling banyak log in, dan juga kay hadiahkan juga Murid yang paling lama log in. 
  • Jangan lupa ya, guru-guru pun kita bagi rewards, termasuk juga Pentadbir yang log in banyak kali dan log in paling lama. 
  • Rasanya ada banyak lagi, nanti kay share lagi ye , Terima kasih sudi baca Perkongsian Kay ini 
  • Ayuh!!! Embrace The Knowledge



Monday, January 9, 2017

Aplikasi Frog Play- Terbaruuuuu

Bismillah, Frog Play
SharingIsCaring
Kini Anda boleh berikan Tugasan kepada murid anda dengan Game, APAAA? Yes, Game,
Ayuh mulakan, apa tunggu lagi...yes,mulakan sekarang, jadikan murid kita enjoy to learn
1. Klik pada butang New Assignment


2. Sekarang, berikan nama tugasan, mesej kepada murid & arahan yang  jelas,
3. Then, pilih kelas, sama ada D5 , untuk murid sekolah rendah, manakala T5 untuk sekolah menengah
4. Klik butang Next
Tugasan cikgu hampir siap dah, sikit sahaja lagi,anak-anak murid dapat main Game dah.
4. Masa ni,tetapkan limit berapa hari kita nak bagi masa murid kita main Game ni.
5. Untuk select activity, saya pilih None saja,sebab ni bukan tugasan ,ni kan Game,
6. Ask for evaluation tu,terpulang,kalau nak murid kita write something likes comment or else, just tick
7. Klik Assign
Sekarang, Alhamdulillah,dah selesai, Tugasan Game telah diberikan kepada murid
enjoy the Game guys ..
untuk maklumat lebih lanjut tentang FrogPlay, sila layari link di bawah ini
http://frogasiatraining12.1bestarinet.net/app/os#!gulai/pengenalan


Sunday, January 8, 2017

Antara Sumbangan Yang Boleh di Berikan oleh Guru Advokasi

Sumbangan yang Boleh Anda Buat 
#myfroggywillbe
Senyum, Enjoy, Manfaatkan
Embrace The Knowledge

  • Memberi pendedahan kepada rakan-rakan guru di sekitar Sekolah atau Zon dalam daerah kita
  • Kongsikan segala inovasi dan penambah baik yang kita pernah buat di sekolah kita kepada sekolah-sekolah yang lain.
  • Kongsikan dan berikan input yang boleh dibincangkan bersama pihak pusat kegiatan guru PKG yang terdekat, mencari dan mencetuskan idea bersama untuk membudayakan VLE
  • Memberi input yang terkini kepada rakan sejawat tentang perkembangan terbaru mengenai pembaharuan widget, apps dalam pelantar vle
  • Mencari rakan sehati-sejiwa "partner #facetoface" dalam menyebarkan input, anda boleh mencari guru yang sangat berminat dengan pembaharuan dalam pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkonsepkan maya dan TMK@ICT

Wednesday, January 4, 2017

1. Google Expeditions
Jom Layan Video dulu
Apa dia Google CardBoard?

With Google Expeditions out of Beta, and Google developing more and more expeditions for the classrooms, expect to see the use of this fantastic application to explode in 2017. 
Google Expeditions is a unique initiative from Google designed to bring educational virtual reality experiences into the K12 classrooms.
“Google Expeditions enable teachers to bring students on virtual trips to places like museums, underwater, and outer space. 
Expeditions are collections of linked virtual reality (VR) content and supporting materials that can be used alongside existing curriculum.
These trips are collections of virtual reality panoramas — 360° panoramas and 3D images — annotated with details, points of interest, and questions that make them easy to integrate into curriculum already used in schools.
Google is working with a number of partners, including WNET, PBS, Houghton Mifflin Harcourt, the American Museum of Natural History, the Planetary Society, David Attenborough with production company Alchemy VR and many of the Google Cultural Institute museum partners to create custom educational content that spans the universe.”
Jom Layan
Cara nak lihat melalui Google CardBoard

Cara nak meletakkan Telefon Pintar Anda

How To Add a Watermark to a Google Doc

Bismillah,
Alhamdulillah, Salam 4 Januari 2017,
My first post
#embracetheKnowledge

How to Add a watermark to a Google Doc

Mesti kalian suka kan kalau hasil kerja kalian diletakkan dengan water mark
but first, apakah dia watermark ? so, kalau dah faham maksud watermark,jom kita belajar sama-sama.
ni contoh document with watermark

jom saksikan video ni kalau kalian sudah bersedia

Selamat mencuba
Terima kasih Mr Google